Assalammualaikum w.b. dan salam muhibbah kepada seluruh warga Zon 24 MPKj.
1. Maaf, dalam kesuntukan berperang dengan masa ini saya cuma dapat berkirim berita ringkas sahaja.
2. Sukacita dimaklumkan pihak kontraktor yang dilantik Pemaju akan mula memasuki kawasan BBM untuk melakukan kerja2 penurapan jalan lebuh utama BBM mulai esok, Khamis,21 Oktober 2010.
3. Saya juga ingin menyampaikan ucapan takziah di sini kepada keluarga mendiang Logendran a/l Karthigesu yang telah meninggal dunia dalam insiden kemalangan jalanraya semasa menunggang motosikal di lebuh utama Persiara 2 BBM semalam. Mendiang berumur 14 tahun dan menunggang motosikal bersama 3 rakannya yang lain.
4. Ketiga-tiga rakannya yang lain mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital. Saya dimaklumkan mereka berempat menunggang 2 buah motosikal.
5. Saya juga mengambil maklum tempat tersebut adalah menjadi antara tempat kegemaran para remaja bermotosikal 'beriadah'.
6. Setelah jalan di situ diturap dan berkeadaan baik, ianya mungkin menjadi tempat yang lebih menarik perhatian para remaja dan belia untuk ke sana.
7. Inilah antara perkara yang boleh difikirkan bersama oleh kita untuk diuruskan sebaiknya agar tiada episod yang lebih menyayat hati berlaku sesudah ini.
Sekian dahulu dan InsyaAllah hingga ketemu lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment