Saturday, September 18, 2010

MPP zon 24- pre-council mtg dated 19/9/10@ pejabat ahli majlis zon 24

Ahad/19-September2010:  Ahli Majlis MPKj Zon 24, Tuan Haji Mazwan Johar telah mengadakan satu pertemuan khas bagi  pembentukan jawatankuasa baru Majlis  Perwakilan Penduduk di Zon24. Wakil penduduk dari bandar seri putra,bdr bukit mahkota,taman impian putra,bangi lama telah hadir bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh AM24 selaku pengerusi MPP24 bagi  penggal 2010/2011 yang bermula Julai 2010 sehingga Disember 2011. Seramai 30 jawatankuasa MPP24 akan dilantik bagi membantu ahli majlis mpkj,tuan haji mazwan johar  melaksanakan amanah yang diberikan.Insya-allah, program terdekat adalah kerjasama dengan persatuan induk bdr seri putra didalam sambutan aidilfitri 2010 pada 16 Oktober 2010.
 

Monday, September 13, 2010

Buletin MPP zon 24 MPKj (Siri 1) :Salam aidilfitri & isu setempat ..

 
 
Assalammualaikum w.b.
Salam sejahtera kepada semua warga zon 24 MPKj.
Selamat menyambut Hari Raya I'dilfitri 1431H.
 
1.   Saya memohon kefahaman dan kemaafan daripada seluruh para warga penduduk zon 24 yang disantuni atas selang masa yang agak lama selepas kali terakhir mengirim berita rasmi kepada tuan/puan. Kelewatan bukan kerana sibuk dengan urusan lain tetapi asyik dengan menangani pelbagai permasalahan di zon kita jua.
 
      PERIHAL URUSAN SAMPAH
 
2.   Masalah kutipan sampah domestik di kawasan perumahan kita masih berterusan dan mencapai tahap yang menggusarkan. Saya berterusan mendapat aduan sampah tidak berkutip dalam selang waktu melebihi 5 hari pada hari2 menjelang Idilfitri. Alhamdulillah, semua aduan yang sampai kepada saya dapat diuruskan kutipan sampahnya sebelum Idilfitri pada hari Jumaat. Namun gejala kutipan sampah seperti pahat dengan penukul ini hendaklah terbatas dalam tempoh masa singkat sewaktu ada krisis dan tidak melarat hingga menjadi suatu norma pula dalam kawasan kita.
 
3.   Sekiranya 'Q' lori yang panjang di Kg. Pasir menjadi alasan gangguan kitaran kutipan sampah, ianya patut dialami oleh seluruh kawasan MPKj. Namun saya dimaklumkan ada tempat lain di MPKj yang kutipan sampahnya berjalan dengan baik 3X seminggu. Maka itu, prestasi para kontraktor mengangkut sampah di zon kita menjadi satu persoalan yang perlu pemerhatian dan pemantauan teliti.
 
4.   Sistem pemantauan prestasi kerja kontraktor sekarang diawasi oleh 2 pengawas. Satu daripada Alam Flora dan satu lagi daripada MPKj untuk setiap kawasan. Laporan prestasi kontraktor yang diterima daripada mereka tidak menyamai maklumbalas 'panas' dan keluh kesah yang kita dapati daripada para penduduk.
 
5.   Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Bandar MPKj dalam bulan Ogos telah memutuskan mencuba kaedah pengawasan ke 3 iaitu melibatkan maklumbalas prestasi kontraktor daripada wakil penduduk sendiri. Sebagai 'pilot project', setiap zon dikehendaki menamakan satu kawasan dalam zon masing2 untuk  mempelopori kaedah ini. Saya telah memilih Seksyen 2&3 BBM dengan menamakan EN. Murad Adam sebagai penama untuk dihubungi oleh MPKj bagi memantau kutipan sampah di sana.
 
6.   Berdasarkan bilangan dan kekerapan aduan yang saya terima, rasanya ini adalah satu kaedah yang baik tetapi pilot project dan implementasinya berjalan dalam gerak perlahan (slow motion). Saya sendiri berasa resah dan berhasrat mempercepatkan rentak implementasi kaedah ini di zon kita.
 
      PEMBENTUKAN MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP) ZON 24 MPKj
 
7.   Tempoh khidmat MPP yang lalu telahpun berakhir dalam bulan Julai. Saya telah dilantik semula sebagai Ahli Majlis bagi tempoh Julai 2010 sehingga Disember 2011. Saya sedang berusaha membentuk semula MPP Zon 24 yang baharu dalam bulan September ini.
 
8.   Sebaik sahaja MPP ini dibentuk, agenda awal dan utama adalah untuk kita berusaha mengimplementasi kaedah pilot project tersebut ke seluruh zon 24. Biar kita meneroka dan mendahului dalam usaha untuk memperbaiki prestasi kutipan sampah dalam zon kita khususnya dan kawasan MPKj amnya untuk kebajikan kita bersama. Mohon didoakan untuk kejayaan dan kesejahteraan kita bersama.
 
9.   Butiran terperinci dan perancanaan kaedah yang akan digunakan akan dibentangkan dalam mesyuarat MPP sebelum dikongsi bersama dengan tuan/puan selepas ini, InsyaAllah.
 
      SITUASI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SG. KEMBONG
 
10.  Usah risau. Mimpi ngeri tuan/puan bahawa tapak pelupusan ini mungkin diguna semula berikutan insiden cairan sisa kumbahan sampah dari tapak tersebut mengalir masuk ke Sungai Kembong baharu ini hanyalah sekadar mimpi yang mengerikan sahaja dan kekal mimpi hingga kini.
 
11.  Tapak tersebut telah diserahkan kepada syarikat Worldwide Holdings Berhad untuk dibaikpulih. Jika mereka gagal membaikpulih, mereka yang akan gagal meraih keuntungan optimum daripada tapak tanah yang luas diserahkan kepada mereka oleh keputusan Kerajaan Negeri Selangor.
 
12.  Saya difahamkan proses pemulihan ini memakan masa yang panjang, mungkin 20 tahun. Kemajuan sains dan teknologi mungkin menyediakan kaedah untuk mempercepatkan proses pemulihan ini dimasa depan. Kandungan gas ammonia ditapak sebegini sememangnya tinggi dan akan kekal begitu untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian ia mungkin tidak sesuai dijadikan kawasan kediaman kekal. Kegunaan lain, misalnya sebagai padang golf mungkin lebih sesuai. Saya sendiri masih menanti apakah perancangan mutakhir Worldwide atas tapak tersebut. Apapun, mereka perlu kembali kepada MPKj untuk mendapatkan Kelulusan Merancang daripada kami. InsyaAllah kita akan bersama2 memastikan mereka menjadi jiran yang baik kepada zon kita.
 
      CUTI RAYA
 
13.  Saya bercuti dan berada di rumah mertua di Ayer Keroh, Melaka. InsyaAllah esok akan memulakan perjalanan ke kg. halaman rumah mummy dan daddy saya di Ayer Hitam, Kedah. Mimpi manis saya adalah dapat berjumpa AIR JERNIH sekembali saya sekeluarga ke zon kediaman kita Rabu ini. hi hi hi...
 
      Saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan diri sepanjang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas bahu saya untuk menjaga dan memelihara kebajikan dan kesejahteraan tuan/puan di kawasan kejiranan kita ini. Mohon nasihat dan pandangan semasa tuan/puan sepanjang perkhidmatan saya ini. Jangan disimpan sebarang nasihat dan teguran hingga ke alam Barzakh. Pada ketika itu mungkin masih relevan untuk tuan/puan namun sudah terlalu lewat buat diri ini.
 
Wassalam.

Tuesday, September 7, 2010

Perutusan raya daripada MB Selangor

http://www.youtube.com/watch?v=kPwbNNs_1s4&feature=player_embedded

Pencemaran: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup


07/09/2010 1:57pm

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup sementara hari ini mulai pukul 1.40 pagi berikutan pencemaran sumber air mentah yang dibekalkan dari Sungai Kembong, Selangor.

Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada benteng pusat pelupusan sampah yang diuruskan oleh Syarikat Worldwide Holdings pecah dan menyebabkan sisa buangan atau `lechate’ mengalir masuk ke dalam Sungai Kembong dan ke muka sauk loji.

Berikutan itu, empat wilayah yang menerima bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air, melibatkan kira-kira 300,000 buah keluarga atau 1.2 juta penduduk di keempat-empat kawasan berkenaan.

Syabas dalam kenyataannya hari ini berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat daripada Konsortium Abass bila loji itu dapat beroperasi semula. - Utusan
Report to moderator   Logged

Semenyih water plant closed due to contamination, 1.2mil affected

Published: Tuesday September 7, 2010 MYT 12:57:00 PM

Semenyih water plant closed due to contamination, 1.2mil affected


PETALING JAYA: The Semenyih water treatment plant has been closed down since 1.40am on Tuesday morning following river contamination from a nearby landfill.
In a statement, Syabas said raw water from Sungai Kembong in Selangor was contaminated due to "lechate" leaking from a breached dyke in the landfill.
"The plant was closed immediately upon detecting high content of ammonia in the water at 6.41mg per litre, which is above the health safety standard of 1.5mg per litre, put into place by the Health Ministry.
"A yellow alert emergency plan has been into place. We are now trying to redistribute water from other treatment plants to the affected areas," it said.
The closure of the plant, which treated some 600mil litres of water daily, is expected to affect supply to 1.2mil residents or 300,000 households in four areas - Petaling, Hulu Langat, Sepang and Kuala Langat.
"Syabas has prepared 32 water tankers and 300 static tanks in order to supply water to the affected residents.
"However, since the areas affected are large, the capacity to deliver water may be limited," he said.
The plant is run by Konsortium ABASS Sdn Bhd, a state government subsidiary.


Monday, September 6, 2010

Sesi Majlis Dialog Selangor Blueprint bersama rakyat di MPKj di Institut Latihan KWSP...














Isnin,6-9-2010: Menghadiri majlis dialog bagi penyediaan Selangor Blueprint di peringkat MPKj yang bertempat di Institut Latihan KWSP,Bangi. Majlis dialog dirasmikan oleh YDP MPKj, Dato Hassan Nawawi.MPP zon24 diwakili oleh 3 wakil daripada bdr seri putra & Bdr Bukit Mahkota.Segala hasil dialog akan digunapakai bagi merangka selangor blueprint bagi penggal 2011~2013.Insya-allah.

1.Tujuan Selangor Blueprint
. Untuk menerangkan visi konkrit rancangan untuk mereformasi negeri Selangor secara ekonomi,sosial dan politik dengan tujuan menghidupkan urus-tadbir kerajaan yang baik dan penyampaian cemerlang.

.menetapkan hala tuju negeri Selangor dalam tempoh masa tiga tahun yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor dengan menggubalkan dasar-dasar menyeluruh yang merangkumi sosial,ekonomi,urus tadbir dan kebajikan masyarakat.

2. Tujuan Rundingan Awam
    a) Untuk merintis cara baru iaitu pendekatan dari bawah ke atas (Bottom-up) sebagai imbangan kepada perancangan dari atas ke bawah (top-down) untuk memastikan Selangor Blueprint lebih konkrit dalam konteks dasar dan perlaksaan berkesan.
    b) Kerajaan Selangor mengambil kira pandangan masyarakat dalam isu akar umbi dan mengambil tindakan penambaikan keadaan disetiap daerah dalam negeri.

3.  Topik & Fokus perbincangan
      a) Pembangunan dan kemudahan infrastuktur
      b) Urus tadbir kerajaan yang baik
      c) Isu sosial.

sekian.wassalam.

Thursday, September 2, 2010

Memberi takzirah motivasi kepada Remeja Merdeka Raikan Ramadhan..



 

Ahli Majlis MPP zon24, Tuan Hj Mazwan sedang menyampaikan takzirah motivasi kepada remaja merdeka raikan ramadhan...
 


Peserta sedang memberikan tumpuan kepada isi kandungan takzirah yang disampaikan...
 

 

Sampah!!!Tanggungjawab siapa sebenarnya?...

 
 
 
Assalammualaikum w.b.
Salam hormat kepada warga Zon 24 MPKj yang disantuni.
 
1.   Saya kini semakin kerap menerima aduan berkenaan kutipan sampah yang tidak konsisten dan mengambil selang masa yang lama.
 
2.   Selepas penutupan tapak pelupusan sampah di Sungai Kembong, kesemua sampah dihantar ke pusat pemprosesan sampah di Kg. Pasir, Semenyih.
 
3.   Pusat sampah tersebut masih belum beroperasi pada tahap optimum. Ia mempunyai 4 barisan lorong proses sampah dengan keupayaan memproses 170 tan sampah setiap lorong setiap hari. Maka jika beroperasi sepenuhnya ia dapat kendalikan 680 tan sampah sehari. Kawasan MPKJ menjana antara 500-600 tan sampah sehari.
 
4.   Ya, benar! Kita adalah juara dalam penghasilan sampah di Selangor. Menewaskan MBSA dan MBPJ. Adoi....
 
5.   Semenjak pusat sampah itu dibina sehinggalah hari ini, ia tidak pernah mencapai tahap operasi optimumnya. Saya dimaklumkan, pada hari terbaik pun, hanya 2 lorong sahaja yang beroperasi pada masa yang sama. Maka itu, ia hanya mampu memproses kira2 separuh sahaja daripada sampah yang dijana kita bersama.
 
6.   Saya kesuntukan masa pada hari ini dan menanti maklumat terkini pengawasan yang dijalankan oleh MPKj di pusat sampah tersebut. InsyaAllah, saya berharap mendapat berita terkini esok dan akan berkongsi maklumat lagi dengan Tuan/Puan sekalian.
 
7.   Keterbatasan kemampuan pusat sampah menerima dan memproses sampah sudah tentu akan menjejaskan kitaran trip yang boleh dilakukan oleh lori2 pemungut sampah kerana terpaksa menanti masa yang panjang untuk memunggah muatan sampah mereka ke pusat sampah tersebut. Ini adalah disebut sebagai punca kepada gangguan jadual kutipan sampah di zon kita (sepatutnya 3X seminggu). Walau bagaimanapun, saya percaya kita harus berhati2 dan tidak mudah berserah pasrah kepada alasan tersebut. Para kontraktor sampah harus dipantau ketat agar bekerja pada tahap optimum dan tidak mengambil kesempatan berlindung disebalik alasan ini untuk melakukan kerja mereka secara sambil lewa.
 
8.   Pihak MPKj telah memperkenalkan satu "pilot project" bertujuan mengawasi perkara ini. InsyaAllah saya akan berkongsi hal ini dengan Tuan/Puan esok.
 
9.  Buat masa kini, di tempat yang bermasalah, aktiviti kutipan sampah adalah seperti pahat dengan penukul. Apabila saya mendapat aduan dan saya majukan kepada Pengarah Perkhidmatan Bandar MPKj, maka kutipan pun berjalan sekali itu. Buat sementara waktu, Tuan/Puan bolehlah salurkan aduan sampah tidak berkutip ke PT saya atau saya sendiri melalui sms.
InsyaAllah, hingga ketemu lagi.
 
Wassalam.
 
Yang Menjalankan Tugas Dengan Istiqamah Seberapa Terdaya,
Mazwan Johar.