Tuesday, September 7, 2010

Pencemaran: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup


07/09/2010 1:57pm

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup sementara hari ini mulai pukul 1.40 pagi berikutan pencemaran sumber air mentah yang dibekalkan dari Sungai Kembong, Selangor.

Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada benteng pusat pelupusan sampah yang diuruskan oleh Syarikat Worldwide Holdings pecah dan menyebabkan sisa buangan atau `lechate’ mengalir masuk ke dalam Sungai Kembong dan ke muka sauk loji.

Berikutan itu, empat wilayah yang menerima bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air, melibatkan kira-kira 300,000 buah keluarga atau 1.2 juta penduduk di keempat-empat kawasan berkenaan.

Syabas dalam kenyataannya hari ini berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat daripada Konsortium Abass bila loji itu dapat beroperasi semula. - Utusan
Report to moderator   Logged

No comments:

Post a Comment