Sunday, August 22, 2010

Impian jadi realiti : Penutupan operasi batching Plant di Sek4,Bdr Bukit Mahkota...

Assalammualaikum w.b.
Izinkan saya mengambil peluang ini untuk berkongsi satu lagi berita gembira dengan para penduduk BBM.
Sukacita dimaklumkan tindakan penutupan operasi batching plant (BP) di Seksyen 4 BBM telahpun dilaksanakan oleh MPKj.
BP tersebut diarahkan berhenti operasi dan pihak pengurusan BP memberikan komitmen memberhentikan operasi mereka pada 1 Ogos 2010.
MPKj bersetuju atas permintaan pengurus BP untuk memberikan tempoh kepada mereka sehingga 14 Ogos untuk menjalankan kerja-kerja penutupan tapak BP tersebut. Kerja-kerja ini sedang dilaksanakan oleh pengurusan BP.
InsyaAllah BP tersebut akan ditutup sepenuhnya menjelang 15 Ogos 2010.
Bersama kita memelihara kebersihan dan kesihatan kawasan persekitaran kita.
 
 
Yang Istiqamah Berusaha Seberapa Terdaya,
Mazwan Johar.

 

No comments:

Post a Comment