Sunday, August 22, 2010

Tapak perlupusan sampah sg kembong ditutup...

Salam.
Ya, tapak pelupusan sampah di Sg. Kembong telahpun ditutup.
Tapak itu telah diserahkan kepada Syarikat Worldwide untuk dibaik pulih. Ini telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Bandar MPKj yang turut dihadiri oleh saya pada 26/07/10.
Pihak syarikat telahpun mengambil langkah memagar kawasan tersebut dan meletakkan halangan (barricade) menghadang kenderaan termasuk lori daripada memasuki kawasan tersebut.
Semakan saya sebentar tadi mendapati ada permintaan pagi tadi untuk membuang sampah di sana tetapi ditolak oleh syarikat. Lori juga tidak akan dapat menyusup masuk ke tapak pembuangan sampah kerana adanya halangan dan kawalan oleh syarikat tadi.
Saya  bagaimanapun telah memanjangkan maklumat ini kepada Tn Hj Arshad ( Pengarah Perkhidmatan Bandar) untuk perhatian beliau.
InsyaAllah bersama kita menjaga dengan penuh cemburu kebersihan dan kesihatan kawasan persekitaran kita.
Yang Istiqamah Berusaha Seberapa Terdaya,
 
Mazwan Johar,
Pengerusi MPP Zon 24, MPKj.

No comments:

Post a Comment