Sunday, August 22, 2010

Janji dikota: Hentian Bas di Sek4,Bdr Bukit Mahkota siap sebelum raya aidilfitri...

Assalammualaikum w.b. 
Selamat petang kepada para warga Bandar Bukit Mahkota yang disantuni.
 
Sukacita dimaklumkan sebuah hentian bas sedang dalam proses pembinaan mulai semalam bertempat di bahu jalan utama di hadapan deretan kedai teres satu tingkat, Seksyen 4 BBM.
Hentian ini dijangka siap dibina dalam tempoh kira2 3 minggu lagi dan insyaAllah boleh digunakan sebelum Hari Raya I'dilfitri.
 
Projek infrastruktur kecil ini adalah dibiayai sepenuhnya di bawah peruntukan ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar. YB telah memperkenankan permohonan saya agar sebahagian daripada peruntukan ADUN beliau diperturunkan di sini untuk tujuan tersebut. Perkara ini telah diwawarkan oleh saya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agong Surau Apartmen Nuri pada bulan April tahun ini.
 
Adalah menjadi harapan kami agar projek dan khidmat bakti kami yang kecil ini akan menyumbang untuk menambah menceriakan dan keselesaan penduduk BBM terutama yang mendiami sekitar kawasan Seksyen 4 tersebut.
 
Saya berharap dan meletakkan kepercayaan kepada para penduduk yang budiman di sini agar bersama memelihara dan menggunakan kemudahan ini dengan berhemah untuk kesejahteraan kita bersama dalam jangka panjang.
 
Sekian, Wassalam.
 
Yang Berkhidmat Dengan Istiqamah Seberapa Terdaya,
 
Mazwan Johar
Ahli Majlis MPKj 

No comments:

Post a Comment