Assalamualaikum,
Dimaklumkan pertukaran pembantu Tadbir baru daripada Sdr Rosli Kamirin (Wak Rosli) kepada
Sdr Rosli Bin Ramli. Sebarang urusan, sila hubungi sdr Rosli di talian :019-2624093.
Berkuatkuasa serta merta.
sekian.
wassalam.
Monday, December 13, 2010
Saturday, November 13, 2010
Kerja-kerja penurapan jalan di depan kedai Seksyen 4,bdr bukit mahkota...
Dikongsikan gambar-gambar menarik semasa kerja-kerja penurapan jalan dilakukan.
Monday, October 25, 2010
Pelancaran Senam Robik Di Bandar Seri Putera..Bersenamlah Untuk Kesihatan
Monday, October 25, 2010
Pelancaran Senam Robik Di Seri Putera
Bandar Seri Putra, 15 Zulkaedah = 23 Oktober (Sabtu):
Pagi ini atas inisiatif Ahli Majlis MPKj Zon 24 bersama Bangi Height dan Persatuan Penduduk dilancarkan acara `Senam Robik` di Padang Rakreasi Awam bersebelahan dengan Tol Bandar Seri Putera. Ketika Adun Bangi tiba jam 8.30 pagi senam robik sedang rancak berjalan diikuti lebih kurang 150 penduduk kecil besar. YDP MPKj tiba lebih kurang waktu yang sama dengan Adun dan turut masuk ke dalam barisan hadapan senam robik. Bersama dibarisan hadapan ialah Sdr. Mazwan Johar Ahli MPKj, Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk, Encik Fadli Omar Jaafar yang mewakili Bangi Height. Pemimpin Senam Robik ialah Encik Ali. Senaman berlangsung sejam. Ini tidak termasuk setengah jam sebelumnya yang tidak sempat kami ikuti. Dalam masa sejam bersenam tanpa henti-henti itu, kami benar-benar berpeluh dan berasa lebih ringan dan sihat.
Selepas senaman diadakan sedikit ucapan pembukaan yang mula-mula disampaikan oleh Ahli MPKj Tuan Haji Mazwan yang memaklumkan tentang bagaimana perancangan diatur sehingga program senaman menjadi reality. Beliau berharap acara Senaman Robik ini akan terus mendapat sambutan.
YDP MPKj Dato` Hasan Nawawi yang juga jaguh berbasikal mengelilingi dunia pada tahun 2001-2002 itu menekankan perlunya kepada senaman untuk menjaga kesihatan. Menurutnya kalau tidak dapat bersenam setiap hari perlu bersenam 3 kali seminggu yang setiap kali dalam masa lebih kurang setengah jam. Menurutnya, Tuan-tuan boleh berbasikal keliling Bandar Seri Putera sebagai satu cara menjaga kesihatan.
``Dengan bersenam badan kita sihat, otak cerdas dan tidak cepat nyanyuk``. Katanya. Beliau memberi contoh Profesor Ungku Aziz yang sering berjoging, walaupun umurnya menghampiri 90 tahun, tapi masih sihat dan masih kuat ingatan.``
Dato` Hasan Nawawi menyebut sekarang ramai mengalami penyakit yang berhubung dengan permakanan seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis. Beliau memberi fatwa bagi menjaga kesihatan dan fitness. Menurutnya perlu jaga 4 perkara:
1) Amalkan bersenam setiap hari atau tiga kali seminggu secara berterusan
2) Menjaga permakanan. Elak dari yang berlemak
3) Kawal mental dari stress. Usaha menenangkan diri – termasuk beribadat
4) Untuk orang yang telah berumur perlukan `food supplement`.
Adun Bangi juga diminta berucap. Beliau memuji usaha mengadakan senam robik pada hari Sabtu seperti yang diadakan. Beliau berharap usaha ini diteruskan dan meminta penduduk terus mengambil bahagian untuk faedah kesihatan diri dan kebahagian keluarga yang turut sama bersenam. Beliau memaklumkan yang beliau mengikuti 3 tempat senam robik, iaitu di tepi Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi, di Dataran Usahawan Seksyen Satu BBB dan hari ini di Bandar Seri Putera ini. Senam robik di tepi Tasik Cempaka masih hidup dan berjalan setiap minggu. Tapi di Dataran Usahawan tidak lagi ada. Sepatutnya, secara bergurau beliau berkata, ``Penduduk berdekatan Dataran Usahawan meneruskan senam robik. Mereka dekat denganm pasar dan tempat jualan makanan. Tentulah banyak makanan yang dimakan. Mereka sebenarnya lebih memerlukan senaman.`` Menurutnya, Kita harapkan kalau mereka tidak bersenam di Dataran, bersenamlah di rumah. Beliau menyebut,``Rakyat Malaysia sebenarnya dalam keadaan mewah dan terlebih makan. 60% dari mereka mengalami kegemukan. Sebab itu mereka patut amalkan senaman. Sesungguhnya bila rakyat sihat keluarga dan Negara juga sihat.
Dengan bersenam kata Adun, bukan saja sihat tubuh badan, tetapi juga mental. Banyak ilham yang baik terbetik masa bersenam yang dapat digunakan. Pemimpin-pemimpin Negara mengambil peluang berbincang semasa bersenam, iaitu bermain golf. Kita kalau tak dapat main golf, boleh bersenam secara menyangkul dan membersih kawasan rumah pada petang hari dan hari-hari minggu. Dengan demikian tubuh badan sihat dan rumah bersih dari sampah dan wabak seperti denggi. Sesunggunya Akal yang sihat berada pada tubuh badan yang sihat. Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga. Kita menyedari betapa tinggi nilainya apabila kita sakit. Tuan-tuan dan Puan-puan jangan tunggu sakit baru mau jaga kesihatan. Bersenamlah Untuk Kesihatan.
Sekian.
Thursday, October 21, 2010
Facebook MPP24 MPKj...
akaun facebook MPP24 MPkj : Mppduaempat Mpkj :
http://www.facebook.com/#!/
Dikongsikan hasil tulisan Ustaz Zaharuddin melalui blog’nya yang bertajuk Dosa-Dosa & Facebook.
* * *
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a – Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b – Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c – Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
"pilot project" pemantauan kutipan sampah di BBM...
Assalammualaikum w.b.
Salam sejahtera kepada semua warga zon 24 MPKj.
PERIHAL URUSAN KUTIPAN SAMPAH.
1. Sukacita dimaklumkan 'pilot project' pemantauan kutipan sampah di Seksyen 2&3 BBM telahpun dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. En. Murad Adam sebagai wakil pemantau bagi pihak MPP di Seksyen 2&3 BBM telahpun berhubung dan dihubungi beberapa kali oleh pihak MPKj untuk maklumbalas perkhidmatan kutipan sampah di kawasan tersebut.
Dikongsikan artikel berita daripada akhbar Sinar Harian bertarikh 21/10/2010 (Khamis) bertajuk "Kontraktor diminta lebih prihatin"...
Dikongsikan artikel berita daripada akhbar Sinar Harian bertarikh 21/10/2010 (Khamis) bertajuk "Kontraktor diminta lebih prihatin"...
Wednesday, October 20, 2010
BULETIN MPP ZON 24 MPKj SIRI KE 3/2010....
Assalammualaikum w.b. dan salam muhibbah kepada seluruh warga Zon 24 MPKj.
1. Maaf, dalam kesuntukan berperang dengan masa ini saya cuma dapat berkirim berita ringkas sahaja.
2. Sukacita dimaklumkan pihak kontraktor yang dilantik Pemaju akan mula memasuki kawasan BBM untuk melakukan kerja2 penurapan jalan lebuh utama BBM mulai esok, Khamis,21 Oktober 2010.
3. Saya juga ingin menyampaikan ucapan takziah di sini kepada keluarga mendiang Logendran a/l Karthigesu yang telah meninggal dunia dalam insiden kemalangan jalanraya semasa menunggang motosikal di lebuh utama Persiara 2 BBM semalam. Mendiang berumur 14 tahun dan menunggang motosikal bersama 3 rakannya yang lain.
4. Ketiga-tiga rakannya yang lain mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital. Saya dimaklumkan mereka berempat menunggang 2 buah motosikal.
5. Saya juga mengambil maklum tempat tersebut adalah menjadi antara tempat kegemaran para remaja bermotosikal 'beriadah'.
6. Setelah jalan di situ diturap dan berkeadaan baik, ianya mungkin menjadi tempat yang lebih menarik perhatian para remaja dan belia untuk ke sana.
7. Inilah antara perkara yang boleh difikirkan bersama oleh kita untuk diuruskan sebaiknya agar tiada episod yang lebih menyayat hati berlaku sesudah ini.
Sekian dahulu dan InsyaAllah hingga ketemu lagi.
Wassalam.
Tuesday, October 19, 2010
PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK MPP MPKj 2010
Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2010 telah bermula sejak Mac 2010 yang lalu. Sebanyak 31 buah taman perumahan telah menyertai pertandingan ini. Sebanyak 2 kategori dipertandingankan iaitu kediaman teres dan kediaman bertingkat. Lawatan telah dilakukan oleh juri-juri dari kalangan kakitangan MPKj.
Tujuan pertandingan ini diadakan ialah mewujudkan kerjasama yang jitu dan hubungan erat di antara Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), masyarakat dan kontraktor kebersihan di taman perumahan. Kedua, memberi galakan dan kesedaran kepada penduduk taman melalui pertandingan tentang tanggungjawab penduduk dalam membantu PBT bersama-sama menjaga kebersihan dan persekitaran taman. Ketiga, memupuk semangat perpaduan antara kaum dengan penglibatan menyeluruh semasa melakukan aktiviti.
Berikut senarai nama pemenang Pertandingn Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2010 :
Kategori Bertingkat:

Kedudukan | Taman | Zon | Geran Pengindahan |
Johan | Taman Sepakat Indah (Apartment Sri Ros) | 20 | RM15,000.00 |
Kedua | Taman Wawasan | 1 | RM10,000.00 |
Ketiga | Pangsapuri Damai Mewah | 14 | RM5,000.00 |
Kategori Teres:
Kedudukan | Taman | Zon | Geran Pengindahan |
Johan | Taman Damai Impian | 23 | RM15,000.00 |
Kedua | Taman Tasik Semenyih | 18 | RM10,000.00 |
Ketiga | Bandar Tun Hussein Onn | 11 | RM5,000.00 |
Sumber :
Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.
Sunday, October 17, 2010
Ramah Mesra Seri Putera 2010 Mengeratkan Hubungan Masyarakat
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/10/ramah-mesra-seri-putera-2010.html
Monday, October 18, 2010
Ramah Mesra Seri Putera 2010 Mengeratkan Hubungan Masyarakat
Bandar Seri Putera, 08 Zulkaedah = 16 Oktober (Sabtu):
Majlis di atas adalah anjuran Persatuan Induk Penduduk Bandar Seri Putera bersama Bangi Heights Development - UM Land Sdn. Bhd dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 MPKj bertempat di Padang Permainan SP 5 dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang. Tema Majlis ialah Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat. Antara program yang diatur ialah Ucapan-Ucapan, Perasmian, Jamuan Makan, Persembahan Budaya, Cabutan Bertuah dan Pertandingan.
Hadir pada majlis pada hari ini ialah Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, Encik Zulkifly bin Garib Bangi Heights Sdn. Bhd. (BHSB), Tuan Haji Ahmad bin Yusof YDP Persatuan Penduduk BSP yang juga selaku Pengarah Sambutan, En. Fadzri bin Md. Jaafar (BHSB) selaku Timbalan Pengarah 1, Tuan Haj. Abd. Rani bin Othman Timbalan Pengarah 2 dan saudara Burhanuddin bin Hj. Mahwal Selaku Setiausaha seterusnya AJK dan orang ramai yang membanjiri padang permainan.
Perasmian Majlis ialah dengan Pukulan Gong secara bersama oleh Y.B. Teo Nie Ching dan Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar di atas pentas berhadapan dengan para tamu dan orang ramai yang hadir.
Sebelum upacara perasmian Pengerusi AJK Penduduk menyampaikan ucapan yang menekankan tentang usaha mendirikan Masjid Bandar Seri Putera berjalan lancar dan kini dana dapat dikumpul melebihi RM400,000. Kini sumbangan tetap bulanan dari penduduk melebihi RM20,000 sebulan. Apabila dana mencecah RM2 juta, maka pembangunan bangunan akan dimulakan yang dijangkakan pada Mac 2011. Beliau juga memaklumkan tentang Bangunan Sekolah Menengah Bandar Seri Putera masih tertangguh dan kemungkinan masih tidak dapat digunakan pada awal tahun hadapan, manakala bangunan klinik kesihatan sudah siap. Pengarah Operasi UM Land Sdn. Bhd. Berucap ringkas berterima kasih kepada semua pihak dan menekankan bahawa syarikatnya senantiasa bekerjasama memberi perhatian tentang kepentingan dan kesejahteraan penduduk yang memilih Bandar Seri Putera sebagai tempat kediaman. Beliau berharap penduduk berpuashati dengan khidmat yang diberi selama ini.
Adun Bangi ketika diminta berucap, menyentruh tentang Bandar Seri Putera mempunyai pola yang sama dengan Bandar Baru Bangi, Sebagaimana BBB sebagai Bandar baru dan tiada siapa yang dapat mendakwa sebagai penduduk asal, maka demikianlah Bandar Seri Putera, tuan-tuanlah peneroka bersama, sebab itu tuan-tuan adalah mereka yang berhak menentukan corak dan arah Bandar Seri Putera. Seperti mementingkan kesejahteraan, Ilmu dan Keislaman. Jika ini dihasratkan, semua pihak perlu bekerja merealisasikan hasrat sedemikian.
Adun Bangi juga mengingatkan, bahawa Bandar Seri Putera sebagai Bandar masyarakat menengah atas dan sederhana, menurut kajian sosiologi, masayarakat sedemikian cenderung kepada bersikap individualis dan kurang bergaul, kerana mereka mempunyai segala keperluan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita tidak mau keadaan ini berlaku kepada masyarakat di Bandar Seri Putera. Adun Bangi berpendapat Majlis Ramah Mesra yang diadakan pada hari ini amat penting di dalam usaha berkenal-kenalan dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat. Majlis seumpama ini perlu diadakan dari masa ke masa, bahkan usaha mendirikan masjid juga salah satu cara yang mengeratkan individu dengan jamaah dan hidup bermasyarakat secara ukhuwwah. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Ramah Mesra yang begitu berjaya.
Yang terakhir berucap ialah Y.B. Teo Nie Ching, beliau berdukacita dengan pihak Kementerian Pelajaran yang menjanjikan Sekolah menegah dapat disiapkan pada tahun 2010, tapi tak dapat ditepati. Beliau berharap klinik kesihatan yang telah siap dapat dibuka sesegera mungkin. Beliau menyebut tentang bajet yang baru disampaiakn oleh Perdana Menteri di Parlimen semalam, bahawa antaranya bayaran tol tidak akan dinaikkan dalam tempoh lima tahun akan datang. Beliau bertanya, dengan tidak naik kadar tol adakah kerajaan mengganti rugi? Beliau menyebut tentang kerajaan membayar pampasan kepada syarikat tol pada tahun 2008 sebanyak RM731 juta dan 2009 ialah RM813. Jika demikian bererti kerajaan juga menggunakan wang rakyat bagi memberi pampasan kepada syarikat-syarikat tol.
Semasa jamuan makan pertunjukan budaya dari anak-anak penduduk diadakan, termasuk cabutan bertuah dan beberapa pertandingan yang lain.
Majlis Ramah Mesra berjaya mengeratkan hubungan masyarakat Bandar Seri Putera.

BULETIN MPP ZON 24 MPKJ ( Siri Ke 2 ).
Assalammualaikum w.b.
Salam sejahtera kepada semua warga zon 24 MPKj.
PERIHAL URUSAN KUTIPAN SAMPAH.
1. Sukacita dimaklumkan 'pilot project' pemantauan kutipan sampah di Seksyen 2&3 BBM telahpun dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. En. Murad Adam sebagai wakil pemantau bagi pihak MPP di Seksyen 2&3 BBM telahpun berhubung dan dihubungi beberapa kali oleh pihak MPKj untuk maklumbalas perkhidmatan kutipan sampah di kawasan tersebut.
2. Saya juga menerima secara terus aduan kelewatan kutipan sampah oleh penduduk2 dalam zon 24 dan telah memanjangkan perkara ini kepada pihak MPKj untuk tindakan mereka. Alhamdulillah, semua aduan yang disampaikan telah diambil tindakan segera oleh MPKj.
3. Kita mengharapkan prestasi kerja2 kutipan sampah ini akan dipertingkatkan lagi sehingga ke tahap ianya dapat berjalan dengan lancar dan baik secara automatik tanpa memerlukan pemantauan dan pengawasan yang ketat daripada kita setiap masa.
4. Pihak MPKj juga sedang dalam proses memasang papan tanda pemakluman jadual kerja2 kutipan sampah, pemotongan rumput dan pembersihan longkang di kawasan2 perumahan seluruh zon dalam kawasan pentadbiran MPKj. Papan tanda ini akan memudahkan para penduduk memahami jadual kerja pembersihan yang patut dilakukan oleh kontraktor2 yang dilantik di kawasan tersebut dan sekaligus meningkatkan kesedaran dan komitmen dipihak kontraktor untuk memenuhi obligasi mereka kerana sedar bahawa para penduduk faham dengan jelas hak mereka menuntut pembersihan dijalankan di kawasan mereka seperti maklumat yang terpampang atas papan tanda tersebut. InsyaAllah, saya akan berusaha agar papan tanda itu dapat dipasang cepat sedikit dalam kawasan zon 24 (maklumlah, kita adalah zon terakhir dalam MPKj).
5. Disamping itu, saya masih menyimpan 2 perancangan besar yang akan dikongsi bersama dengan tuan/puan apabila tiba masanya dalam usaha kami untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan pembersihan di kawasan kita.
PERIHAL TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SG. KEMBONG.
6. Aduan telah disampaikan kepada saya pada Khamis, 14/10/10 mengenai bau busuk yang datang daripada tapak pelupusan ini.
7. Saya tegaskan lagi di sini bahawa tapak pelupusan tersebut telah diserahkan kepada syarikat Worldwide Holdings Bhd atas keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk dibaikpulih dan dibangunkan oleh mereka. Tapak tersebut telah ditutup daripada menjadi tempat pelupusan sampah sejak 20 Julai 2010. Pihak Worldwide telahpun mula memasuki tapak tersebut dalam bulan Julai juga untuk tujuan pengambilalihan tapak tersebut.
8. Worldwide kini adalah "tuan" kepada tapak tersebut. Menjadi tanggungjawab mereka menjaga, memelihara dan menyelenggara tapak tersebut dengan cara yang baik dan bertanggungjawab agar tidak menimbulkan kacau ganggu kepada jiran tetangga sebagaimana tanggungjawab tuanpunya tanah persendirian yang lain ( sepertimana kita bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kemaslahatan kawasan rumah kita ). Misalnya, tanggungjawab kita untuk menebas rumput semak-samun dalam kawasan rumah kita dan membersihkan longkang dan takungan dalam kawasan rumah kita agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Begitulah juga halnya dengan syarikat Worldwide dan tapak Sg. Kembong.
9. Saya telah meminta MPKj menyiasat pada keesokan harinya, Jumaat, tentang aduan bau busuk daripada tapak tersebut. Pihak MPKj telah melaporkan kepada saya pada hari yang sama bahawa ianya berpunca daripada kerja2 penolakan dan meratakan tanah yang dilakukan oleh Worldwide di tapak tersebut.
10. Dalam proses tersebut, ada longgokan2 sampah yang terdedah dan terburai. Longgokan2 besar sampah ini hendaklah dirawat segera untuk mengawal daripada tersebarnya bau busuk dengan meletakkan antara lain lapisan tanah atas timbunan sampah tersebut. Kami dimaklumkan bahawa Worldwide tidak lagi dapat mengambil bekalan tanah daripada pembekal sedia ada sebelum ini atas sebab2 tertentu dan sedang berusaha mencari pembekal baru.
11. Kita berharap Worldwide dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera demi kebaikan dan kemaslahatan kita bersama.
PERIHAL PEMBAIKAN LEBUH UTAMA BBM.
12. Sukacita dimaklumkan pihak Pemaju akan menurap semula bahagian jalanraya lebuh utama BBM yang berada dalam keadaan daif ketika ini. Antara kawasan yang terlibat adalah lebuh utama sepanjang Seksyen 1,2,3,4 BBM dan jalan di susur keluar BBM ke Nilai.
13. Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kejuruteraan MPKj bahawa kontraktor binaan akan mula memasuki kawasan untuk memulakan kerja2 mereka pada minggu hadapan.
14. Sekalung penghargaan dan terima kasih daripada saya kepada pihak Pemaju yang telah memberikan komitmen dan kesediaan menjalankan kerja ini untuk kebaikan kita bersama. Semoga tuan/puan dapat bersabar menghadapi sedikit kesulitan semasa kerja2 penurapan jalan dijalankan.
Yang Menjalankan Tugas Dengan Istiqamah Seberapa Terdaya,
Mazwan Bin Johar.
Friday, October 15, 2010
Majlis Perasmian Senamrobik : amalkan kehidupan cergas...
Majlis Perasmian Senamrobik
23 Oktober 2010 (Sabtu)
7.30 pagi
Taman Bandar (Town Park) berhadapan Vista,Bdr seri Putra..
Akan dirasmikan oleh YDP MPKj. Turut hadir ADUN Bangi.
Nota: Selepas majlis perasmian, acara senamrobik akan dijalankan sebulan 2 kali
(Sabtu Minggu 1 & 3).
Anjuran bersama: Bangi Height Sdn Bhd dan MPP Zon 24.
Program Ramah Mesra Bdr Seri Putra pada 16 Okt 2010...
Salam Ukhuwah,
Ahli Majlis MPKj zon 24 selaku Pengerusi bersama-sama ahli jawatankuasa MPP24 menjemput semua warga BSP utk sama-sama hadir ke program ramah mesra Bdr seri putra yang akan diadakan pada 16 Okt 2010.MPP24 turut menyumbang didalam pengajuran bersama Bangi Height, Persatuan Penduduk BSP & pejabat ADUN Bangi.Jumpa disana...

Lawatan kerja bersama YB ADNS Bangi ke Pejabat YB Dato Hassan Ali...
AJK Surau Taman Seri Melor Gigih Berusaha Mendirikan Masjid
Kegigihan jelas pada AJK Surau Al-Mujahidin Taman Seri Melor, Bandar Baru Bangi untuk mendapat sebuah masjid menggantikan surau kecil (Surau al-Mujahidin) di tempat mereka. Atas kesungguhan mereka beberapa pihak dijemput datang hari ini ke Pejabat Y.B. Dato` Dr. Hassan Ali Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infra-Struktur dan Kemudahan Awam di Tingkat Dua Bangunan SAAS. Atas kesungguhan mereka Dato` Dr. Hassan Ali sanggup menemui mereka untuk membincangkan pembinaan Masjid di Taman Seri Melor pada jam 12.30 hari ini. Turut datang untuk mesyuarat bertujuan di atas, ialah Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar, Puan Nur Faezah bt. Omar Ketua Penolong-Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, Sdr. Mohd Adram bin Musa Ahli MPKj Zon 22, Encik Othman bin Hussin Wakil dari JAIS, manakala rombongan dari AJK Surau Taman Seri Melor ialah Tuan Haji Abdul Aziz bin Abu Bakar, Tuan Haji Hashim bin Abdul Rahim, Ustaz Hussaini bin Mohd. Mokhtar, Mejer Kassim bin Ismail dan Ustaz Yem bin Parmin. Kehadiran pada hari ini lebih berfokus pada permohonan tapak Masjid sebagaimana bahan dokumen utama disediakan setebal 101 halaman (termasuk lampiran) yang diberi jodol:
PERMOHONAN TANAH
UNTUK TAPAK PEMBINAAN
MASJID KOMUNITI
TAMAN SERI MELOR
Reka Bentuk Masjid Komuniti Yang Dicadangkan
Timbulnya hasrat mendirikan masjid di sini bermula dari sebelum pilihanraya 2008, di mana kawasan di tepi tasik di sini dicadang dijadikan tempat rekreasi. Satu gotong royong besar-besaran diadakan dengan sejumlah peruntukan untuk membina bangku-bangku dan slab untuk pejalan kaki keliling sebahagian dari tasik. Semasa dan sesudah pilihanraya kawasan rekreasi di sini terus digunakan sebagai tapak sambutan-sambutan dan juga ceramah.
Selepas kemenangan Kerajaan Pakatan, tempat ini terus digunakan. Dalam pada itu surau kecil yang dibina selepas Taman Melor mulai dihuni (1995) sering mengalami pembaikan dan penambahan oleh kerana ruangnya yang terhad. Pada satu perbincangan untuk menambah pembesaran Adun Bangi hadir. Adun mencadangkan dari usaha pembesaran di atas tanah terhad, mengapa tidak diusahakan masjid saja di atas sebahagian dari tanah & tasik berdekatan yang begitu indah itu. Ia memungkinkan menjadi salah sebuah `Masjid Terapung` sebagaimana di Puchong atau di Kuala Ibai di Kuala Terengganu.
Cetusan idea dan cadangan mendirikan masjid ini nampaknya diterima dan AJK surau mengambil cadangan ini secara serius dan mulai bertindak:
a) Mengadakan Mesyuarat Penaja bagi pembinaan masjid pada bulan November 2009.
b) Surat Sokongan dari Adun Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar mengenai cadangan membina Masjid di Taman Melor bertarikh 14 Januari 2010. Surat sokongan dari Ahli MPKj Zon 22 Ustaz Haji Shafie Ngah pada tarikh yang sama.
c) Berusaha mencari penderma dari kalangan koperat. Berjaya menarik perhatian penderma dan bakal penderma berkenaan datang melihat lokasi pada 15 Januari 2010. Berikutnya kerja-kerja mengukur tanah dilakukan pada Januari tersebut.
d) Membuat temujanji dengan unit pewartaan JAIS pada 19 Januari 2010.
e) Kunjungan Bakal Penderma ke Surau al_Mujahidin – perbincangan mengenai masjid pada 1 Mac 2010.
f) Pertemuan AJK dengan Penolong Pengarah Unit Pembangunan JAIS mengenai pembangunan Masjid.
g) Pertemuan pertama dengan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali di Pusat Khidmat Adun Gombak mengenai Masjid pada 28 Mei 2010. & pada 2 Jun di Pejabat Exco, Bangunan SAAS
h) Kunjungan ke rumah S.S. Dato` Haji Khusrin bin Munawi Pengarah JAIS mohon sokongan mendirikan masjid pada 1 Ogos 2010.
i) Kunjungan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali ke lokasi tapak masjid pada malam Ramdhan bersamaan 28 Ogos 2010.
j) Pertemuan dengan Pegawai Daerah Hulu Langat – Tuan Haji Zainal Abidin A`la di pejabatnya pada 3 September 2010.
k) Pertemuan hari ini (13.10. 2010) dengan Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali di Pejabatnya
Tingkat Dua Bangunan SAAS.
Adalah difahamkan pihak Bakal Penderma bersetuju memperuntukkan wang bagi pembinaan Masjid sebanyak RM9.5 juta bagi membina Masjid Terapong di Taman Seri Melor di atas tanah seluas 14 ekar (mungkin sebahagian daripadanya – termasuk tasik, jika tidak keseluruhan). Bila masjid siap dijangka dapat menampung 5,000 orang jamaah. Setakat ini peta lokasi, contoh pelan dan bangunan Masjid yang akan dibina disediakan.
Semasa perbincangan Timbul
a) Didapati Puan Nur Faezah binti Omar yang mewakili Pejabat Daerah, tidak mengetahui mengenai tanah dimaksudkan. Menurutnya beliau bukan dari bahagian tanah. Sepatutnya Tuan Haji Zulkifli Timbalan Pegawai Daerah Bahagian Tanah yang hadir. Sebab itu beliau tidak membawa sebarang maklumat.
b) Pihak AJK Penaja setakat ini belum membuat kepastian di Pejabat Tanah mengenai status tanah yang ingin didirikan masjid
c) Pihak Y.B. Dato` Dr. Hasan Ali menghubungi Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat mengenai status tanah yang mau dipohon. Pegawai Daerah menjawab secara professional, tidak pasti mengenai tanah dimaksudkan dan perlu membuat pencarian.
Oleh yang demikian mesyuarat berpendapat pihak AJK perlu membuat rujukan status tanah secara jelas dan memberi maklumat sesudah pencarian dan dapatan sesegera mungkin.
Oleh kerana Masjid ini akan digunakan oleh lebih daripada 20 taman dan terdapat beberapa buah surau berdekatan, maka adalah dicadangkan dimasukkan wakil-wakil surau dan persatuan penduduk menganggotai AJK pembinaan surau. Dengan perlantikan mereka memperlihatkan sokongan dan kerjasama penduduk di kawasan setempat. Urusan lebih mudah dan lebih mendapat keberkatan dari Allah. Insya Allah.

Sumber : http://drshafie.blogspot.com
Thursday, October 7, 2010
Selamat menunaikan ibadah haji...
assalamualaikum,
Pengerusi dan jawatankuasa MPP zon 24 ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada bakal-bakal haji yang akan menunaikan fadhu haji.Semoga beroleh haji mabrur.
Pengerusi dan jawatankuasa MPP zon 24 ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada bakal-bakal haji yang akan menunaikan fadhu haji.Semoga beroleh haji mabrur.
Saturday, September 18, 2010
MPP zon 24- pre-council mtg dated 19/9/10@ pejabat ahli majlis zon 24
Ahad/19-September2010: Ahli Majlis MPKj Zon 24, Tuan Haji Mazwan Johar telah mengadakan satu pertemuan khas bagi pembentukan jawatankuasa baru Majlis Perwakilan Penduduk di Zon24. Wakil penduduk dari bandar seri putra,bdr bukit mahkota,taman impian putra,bangi lama telah hadir bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh AM24 selaku pengerusi MPP24 bagi penggal 2010/2011 yang bermula Julai 2010 sehingga Disember 2011. Seramai 30 jawatankuasa MPP24 akan dilantik bagi membantu ahli majlis mpkj,tuan haji mazwan johar melaksanakan amanah yang diberikan.Insya-allah, program terdekat adalah kerjasama dengan persatuan induk bdr seri putra didalam sambutan aidilfitri 2010 pada 16 Oktober 2010.
Monday, September 13, 2010
Buletin MPP zon 24 MPKj (Siri 1) :Salam aidilfitri & isu setempat ..
Assalammualaikum w.b.
Salam sejahtera kepada semua warga zon 24 MPKj.
Selamat menyambut Hari Raya I'dilfitri 1431H.
1. Saya memohon kefahaman dan kemaafan daripada seluruh para warga penduduk zon 24 yang disantuni atas selang masa yang agak lama selepas kali terakhir mengirim berita rasmi kepada tuan/puan. Kelewatan bukan kerana sibuk dengan urusan lain tetapi asyik dengan menangani pelbagai permasalahan di zon kita jua.
PERIHAL URUSAN SAMPAH
2. Masalah kutipan sampah domestik di kawasan perumahan kita masih berterusan dan mencapai tahap yang menggusarkan. Saya berterusan mendapat aduan sampah tidak berkutip dalam selang waktu melebihi 5 hari pada hari2 menjelang Idilfitri. Alhamdulillah, semua aduan yang sampai kepada saya dapat diuruskan kutipan sampahnya sebelum Idilfitri pada hari Jumaat. Namun gejala kutipan sampah seperti pahat dengan penukul ini hendaklah terbatas dalam tempoh masa singkat sewaktu ada krisis dan tidak melarat hingga menjadi suatu norma pula dalam kawasan kita.
3. Sekiranya 'Q' lori yang panjang di Kg. Pasir menjadi alasan gangguan kitaran kutipan sampah, ianya patut dialami oleh seluruh kawasan MPKj. Namun saya dimaklumkan ada tempat lain di MPKj yang kutipan sampahnya berjalan dengan baik 3X seminggu. Maka itu, prestasi para kontraktor mengangkut sampah di zon kita menjadi satu persoalan yang perlu pemerhatian dan pemantauan teliti.
4. Sistem pemantauan prestasi kerja kontraktor sekarang diawasi oleh 2 pengawas. Satu daripada Alam Flora dan satu lagi daripada MPKj untuk setiap kawasan. Laporan prestasi kontraktor yang diterima daripada mereka tidak menyamai maklumbalas 'panas' dan keluh kesah yang kita dapati daripada para penduduk.
5. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan Bandar MPKj dalam bulan Ogos telah memutuskan mencuba kaedah pengawasan ke 3 iaitu melibatkan maklumbalas prestasi kontraktor daripada wakil penduduk sendiri. Sebagai 'pilot project', setiap zon dikehendaki menamakan satu kawasan dalam zon masing2 untuk mempelopori kaedah ini. Saya telah memilih Seksyen 2&3 BBM dengan menamakan EN. Murad Adam sebagai penama untuk dihubungi oleh MPKj bagi memantau kutipan sampah di sana.
6. Berdasarkan bilangan dan kekerapan aduan yang saya terima, rasanya ini adalah satu kaedah yang baik tetapi pilot project dan implementasinya berjalan dalam gerak perlahan (slow motion). Saya sendiri berasa resah dan berhasrat mempercepatkan rentak implementasi kaedah ini di zon kita.
PEMBENTUKAN MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (MPP) ZON 24 MPKj
7. Tempoh khidmat MPP yang lalu telahpun berakhir dalam bulan Julai. Saya telah dilantik semula sebagai Ahli Majlis bagi tempoh Julai 2010 sehingga Disember 2011. Saya sedang berusaha membentuk semula MPP Zon 24 yang baharu dalam bulan September ini.
8. Sebaik sahaja MPP ini dibentuk, agenda awal dan utama adalah untuk kita berusaha mengimplementasi kaedah pilot project tersebut ke seluruh zon 24. Biar kita meneroka dan mendahului dalam usaha untuk memperbaiki prestasi kutipan sampah dalam zon kita khususnya dan kawasan MPKj amnya untuk kebajikan kita bersama. Mohon didoakan untuk kejayaan dan kesejahteraan kita bersama.
9. Butiran terperinci dan perancanaan kaedah yang akan digunakan akan dibentangkan dalam mesyuarat MPP sebelum dikongsi bersama dengan tuan/puan selepas ini, InsyaAllah.
SITUASI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH SG. KEMBONG
10. Usah risau. Mimpi ngeri tuan/puan bahawa tapak pelupusan ini mungkin diguna semula berikutan insiden cairan sisa kumbahan sampah dari tapak tersebut mengalir masuk ke Sungai Kembong baharu ini hanyalah sekadar mimpi yang mengerikan sahaja dan kekal mimpi hingga kini.
11. Tapak tersebut telah diserahkan kepada syarikat Worldwide Holdings Berhad untuk dibaikpulih. Jika mereka gagal membaikpulih, mereka yang akan gagal meraih keuntungan optimum daripada tapak tanah yang luas diserahkan kepada mereka oleh keputusan Kerajaan Negeri Selangor.
12. Saya difahamkan proses pemulihan ini memakan masa yang panjang, mungkin 20 tahun. Kemajuan sains dan teknologi mungkin menyediakan kaedah untuk mempercepatkan proses pemulihan ini dimasa depan. Kandungan gas ammonia ditapak sebegini sememangnya tinggi dan akan kekal begitu untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian ia mungkin tidak sesuai dijadikan kawasan kediaman kekal. Kegunaan lain, misalnya sebagai padang golf mungkin lebih sesuai. Saya sendiri masih menanti apakah perancangan mutakhir Worldwide atas tapak tersebut. Apapun, mereka perlu kembali kepada MPKj untuk mendapatkan Kelulusan Merancang daripada kami. InsyaAllah kita akan bersama2 memastikan mereka menjadi jiran yang baik kepada zon kita.
CUTI RAYA
13. Saya bercuti dan berada di rumah mertua di Ayer Keroh, Melaka. InsyaAllah esok akan memulakan perjalanan ke kg. halaman rumah mummy dan daddy saya di Ayer Hitam, Kedah. Mimpi manis saya adalah dapat berjumpa AIR JERNIH sekembali saya sekeluarga ke zon kediaman kita Rabu ini. hi hi hi...
Saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan diri sepanjang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas bahu saya untuk menjaga dan memelihara kebajikan dan kesejahteraan tuan/puan di kawasan kejiranan kita ini. Mohon nasihat dan pandangan semasa tuan/puan sepanjang perkhidmatan saya ini. Jangan disimpan sebarang nasihat dan teguran hingga ke alam Barzakh. Pada ketika itu mungkin masih relevan untuk tuan/puan namun sudah terlalu lewat buat diri ini.
Wassalam.
Tuesday, September 7, 2010
Pencemaran: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup
07/09/2010 1:57pm Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA KUALA LUMPUR 7 Sept. – Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup sementara hari ini mulai pukul 1.40 pagi berikutan pencemaran sumber air mentah yang dibekalkan dari Sungai Kembong, Selangor. Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada benteng pusat pelupusan sampah yang diuruskan oleh Syarikat Worldwide Holdings pecah dan menyebabkan sisa buangan atau `lechate’ mengalir masuk ke dalam Sungai Kembong dan ke muka sauk loji. Berikutan itu, empat wilayah yang menerima bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air, melibatkan kira-kira 300,000 buah keluarga atau 1.2 juta penduduk di keempat-empat kawasan berkenaan. Syabas dalam kenyataannya hari ini berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat daripada Konsortium Abass bila loji itu dapat beroperasi semula. - Utusan | ||||
|
Semenyih water plant closed due to contamination, 1.2mil affected
Published: Tuesday September 7, 2010 MYT 12:57:00 PM
Semenyih water plant closed due to contamination, 1.2mil affected
PETALING JAYA: The Semenyih water treatment plant has been closed down since 1.40am on Tuesday morning following river contamination from a nearby landfill.
In a statement, Syabas said raw water from Sungai Kembong in Selangor was contaminated due to "lechate" leaking from a breached dyke in the landfill.
"The plant was closed immediately upon detecting high content of ammonia in the water at 6.41mg per litre, which is above the health safety standard of 1.5mg per litre, put into place by the Health Ministry.
"A yellow alert emergency plan has been into place. We are now trying to redistribute water from other treatment plants to the affected areas," it said.
The closure of the plant, which treated some 600mil litres of water daily, is expected to affect supply to 1.2mil residents or 300,000 households in four areas - Petaling, Hulu Langat, Sepang and Kuala Langat.
"Syabas has prepared 32 water tankers and 300 static tanks in order to supply water to the affected residents.
"However, since the areas affected are large, the capacity to deliver water may be limited," he said.
The plant is run by Konsortium ABASS Sdn Bhd, a state government subsidiary.
Monday, September 6, 2010
Sesi Majlis Dialog Selangor Blueprint bersama rakyat di MPKj di Institut Latihan KWSP...
Isnin,6-9-2010: Menghadiri majlis dialog bagi penyediaan Selangor Blueprint di peringkat MPKj yang bertempat di Institut Latihan KWSP,Bangi. Majlis dialog dirasmikan oleh YDP MPKj, Dato Hassan Nawawi.MPP zon24 diwakili oleh 3 wakil daripada bdr seri putra & Bdr Bukit Mahkota.Segala hasil dialog akan digunapakai bagi merangka selangor blueprint bagi penggal 2011~2013.Insya-allah.
1.Tujuan Selangor Blueprint
. Untuk menerangkan visi konkrit rancangan untuk mereformasi negeri Selangor secara ekonomi,sosial dan politik dengan tujuan menghidupkan urus-tadbir kerajaan yang baik dan penyampaian cemerlang.
.menetapkan hala tuju negeri Selangor dalam tempoh masa tiga tahun yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor dengan menggubalkan dasar-dasar menyeluruh yang merangkumi sosial,ekonomi,urus tadbir dan kebajikan masyarakat.
2. Tujuan Rundingan Awam
a) Untuk merintis cara baru iaitu pendekatan dari bawah ke atas (Bottom-up) sebagai imbangan kepada perancangan dari atas ke bawah (top-down) untuk memastikan Selangor Blueprint lebih konkrit dalam konteks dasar dan perlaksaan berkesan.
b) Kerajaan Selangor mengambil kira pandangan masyarakat dalam isu akar umbi dan mengambil tindakan penambaikan keadaan disetiap daerah dalam negeri.
3. Topik & Fokus perbincangan
a) Pembangunan dan kemudahan infrastuktur
b) Urus tadbir kerajaan yang baik
c) Isu sosial.
sekian.wassalam.
Thursday, September 2, 2010
Memberi takzirah motivasi kepada Remeja Merdeka Raikan Ramadhan..
Ahli Majlis MPP zon24, Tuan Hj Mazwan sedang menyampaikan takzirah motivasi kepada remaja merdeka raikan ramadhan...
Peserta sedang memberikan tumpuan kepada isi kandungan takzirah yang disampaikan...
Sampah!!!Tanggungjawab siapa sebenarnya?...
Assalammualaikum w.b.
Salam hormat kepada warga Zon 24 MPKj yang disantuni.
1. Saya kini semakin kerap menerima aduan berkenaan kutipan sampah yang tidak konsisten dan mengambil selang masa yang lama.
2. Selepas penutupan tapak pelupusan sampah di Sungai Kembong, kesemua sampah dihantar ke pusat pemprosesan sampah di Kg. Pasir, Semenyih.
3. Pusat sampah tersebut masih belum beroperasi pada tahap optimum. Ia mempunyai 4 barisan lorong proses sampah dengan keupayaan memproses 170 tan sampah setiap lorong setiap hari. Maka jika beroperasi sepenuhnya ia dapat kendalikan 680 tan sampah sehari. Kawasan MPKJ menjana antara 500-600 tan sampah sehari.
4. Ya, benar! Kita adalah juara dalam penghasilan sampah di Selangor. Menewaskan MBSA dan MBPJ. Adoi....
5. Semenjak pusat sampah itu dibina sehinggalah hari ini, ia tidak pernah mencapai tahap operasi optimumnya. Saya dimaklumkan, pada hari terbaik pun, hanya 2 lorong sahaja yang beroperasi pada masa yang sama. Maka itu, ia hanya mampu memproses kira2 separuh sahaja daripada sampah yang dijana kita bersama.
6. Saya kesuntukan masa pada hari ini dan menanti maklumat terkini pengawasan yang dijalankan oleh MPKj di pusat sampah tersebut. InsyaAllah, saya berharap mendapat berita terkini esok dan akan berkongsi maklumat lagi dengan Tuan/Puan sekalian.
7. Keterbatasan kemampuan pusat sampah menerima dan memproses sampah sudah tentu akan menjejaskan kitaran trip yang boleh dilakukan oleh lori2 pemungut sampah kerana terpaksa menanti masa yang panjang untuk memunggah muatan sampah mereka ke pusat sampah tersebut. Ini adalah disebut sebagai punca kepada gangguan jadual kutipan sampah di zon kita (sepatutnya 3X seminggu). Walau bagaimanapun, saya percaya kita harus berhati2 dan tidak mudah berserah pasrah kepada alasan tersebut. Para kontraktor sampah harus dipantau ketat agar bekerja pada tahap optimum dan tidak mengambil kesempatan berlindung disebalik alasan ini untuk melakukan kerja mereka secara sambil lewa.
8. Pihak MPKj telah memperkenalkan satu "pilot project" bertujuan mengawasi perkara ini. InsyaAllah saya akan berkongsi hal ini dengan Tuan/Puan esok.
9. Buat masa kini, di tempat yang bermasalah, aktiviti kutipan sampah adalah seperti pahat dengan penukul. Apabila saya mendapat aduan dan saya majukan kepada Pengarah Perkhidmatan Bandar MPKj, maka kutipan pun berjalan sekali itu. Buat sementara waktu, Tuan/Puan bolehlah salurkan aduan sampah tidak berkutip ke PT saya atau saya sendiri melalui sms.
InsyaAllah, hingga ketemu lagi.
Wassalam.
Yang Menjalankan Tugas Dengan Istiqamah Seberapa Terdaya,
Mazwan Johar.
Friday, August 27, 2010
Pejabat Ahli Majlis MPKj zon 24 berpindah...
Adalah dimaklumkan pejabat ahli majlis MPKj zon 24,Tuan Hj Mazwan Bin Johar telah berpindah ke alamat baru mulai 27-8-2010. Sebarang urusan yang berkaitan dengan ahli majlis MPKJ zon24 (MPP 24),sila ke alamat berikut:
Pejabat Ahli Majlis MPKj zon 24 & MPP24,
No 24, Tingkat 1,
Jalan Seri Putra 1/2,
Bandar seri putra,
43000,Kajang Selangor
Tel : 012-2809097 ( Tuan Hj Mazwan Johar)
: 012-3165959 ( Sdr Wak Rosli)
Fax : 03-90756111
Sekian .

Tuan Hj Mazwan ikut serta XPDC Sinar Ramdhan di Bdr Bukit Mahkota...
Bandar Bukit Mahkota,Bangi ,27-08-2010 : Program XPDC Sinar Ramadhan anjuran lujnah kebajikan PAS cawangan Bdr Bukit Mahkota bersama-sama Pusat Khidmat Komuniti Putra-Mahkota telah dirasmikan oleh Tuan Hj Mazwan Johar bertempat di Pasti Ar-Raihan,Bdr Bukit Mahkota. Sumbangan beras dan barang keperluan am sebanyak 25 bungkus telah diserahkan kepada penyelaras XPDC Sinar Ramadhan.
Antara objektif XPDC Sinar Ramadhan adalah untuk menyampaikan sumbangan sempena ramadhan bulan yang mulia ini kepada masyarakat setempat. Program XPDC Sinar Ramadhan ini bermula jam 9.00 pagi dengan penyerahan sumbangan kepada Puan kamisah dan diikuti pula dengan menziarahi rumah ke rumah penerima sumbangan ini. Alhamdullilah,semua sumbangan tersebut telah berjaya disampaikan dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah swt.

Bersama-sama Dr Shafie Abu Bakar,YB ADNS Bangi berbuka puasa di SRA Bdr seri putra...
ADUN Bangi Singgah Memeriahkan Majlis Berbuka Puasa SRA-BSP
|
Bandar Seri Putra, 26 Ogos 2010.ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar.
Tuan Hj. Mazwan, Ahli Majjlis MPKj Zon 24.
ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar telah meluangkan masa untuk bersama-sama anak-anak, ibubapa dan guru-guru Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP) di Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat. YB telah singgah walaupun mendapat jemputan agak lewat daripada sekolah dan telah menyampaikan sumbangan beliau untuk "pembinaan tangga di pos pengawal dan tempat wuduk tambahan" untuk sekolah. Sumbangan tersebut telah diterima oleh Naib Yang Dipertua PIBG, En. Iqbal Ismail. Turut hadir Ahli Majlis Zon 24 Kajang, Tuan Hj. Mazwan Johar.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan yassin sebagai usaha agar pelajar yang akan menduduki peperiksaan PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama) berjaya dalam peperiksaan yang akan dilangsungkan seminggu selepas UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - di sekolah kebangsaan) 30 September - 5 Oktober (Khamis - Selasa). Seterusnya Guru besar Ustaz Khairul Amri Bin Jamian telah menyampaikan sepatah dua kata yang mengingatkan pelajar dan ibubapa bahawa PSRA juga penting untuk penempatan tingkatan satu nanti terutama untuk kemasukan ke sekolah menengah agama.
YB, Dr. Shafie Abu Bakar pula mengingatkan pelajar untuk bersaing secara sihat dengan pelajar-pelajar SRA Pekan Bangi yang merupakan antara sekolah rendah agama terbaik di sekitar Bangi. YB tahu bahawa pelajar SRA-BSP adalah bekas pelajar SRA Pekan Bangi dan seharusnya kesinambungan kecemerlangan tersebut dibawa ke sini walaupun sekolah ini adalah sekolah baru dan anak-anak yang akan menduduki PSRA adalah anak 'sulung' sekolah. YB juga tidak teragak-agak akan menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang PSRA apabila keluarnya keputusan nanti. YB berharap anak-anak terus berusaha dan tidak hanya menganggap UPSR sahaja yang penting untuk pelajar tahun 6.
Ustaz Khairul Amri, Guru Besar.
YB Dr. Shafie Abu Bakar
Sejurus sebelum majlis berbuka puasa, YB telah menyampaikan sumbangan beliau untuk "pembinaan tangga di pos pengawal dan tempat wuduk tambahan" kepada wakil PIBG, En. Iqbal Ismail.
En. Iqbal menerima cek sumbangan YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi.
Seterusnya hadirin-hadirat dijamukan dengan jamuan ringan dengan buah kurma dan pelbagai jenis kuih sebelum jemputan bersolat maghrib di surau sekolah.
Setelah solat maghrib, jemputan telah dijamukan dengan hidangan berat. Di anggarkan kehadiran sekitar 130 orang termasuk anak-anak SRA-BSP.
Majlis seterusnya di teruskan dengan solat terawikh juga di surau sekolah. Diselangi dengan solat hajat dan juga solat witir.
Aturcara terakhir adalah tazkirah daripada ustaz yang dijemput daripada KUIS, Ustaz Mohammad Fuad, Dekan Fakulti Pendidikan, KUIS. Beliau juga yang telah mengimamkan solat 3-dalam1 (terawikh, hajat dan witir) sebentar tadi. Tazkirah beliau antara lain mengenai pesanan Loqman Al-Hakim yang boleh dijadikan pengajaran untuk anak-anak kemudian hari. Video rakaman tazkirah tersebut boleh dimainkan di bawah (dikemaskinikan kemudian kerana muat naik vidoe yang agak lama).
Ustaz Mohamad Fuad
Ustaz Misnan
Majlis berakhir sekitar jam 11 malam.
Album majlis boleh dipertontonkan di sini http://www.facebook.com/album.php?aid=201085&id=179473523862&ref=mf
Video majlis di sini http://www.facebook.com/pages/SRA-Bandar-Seri-Putra/179473523862?v=app_2392950137 (Dikemaskinikan kemudian)
-Ditulis oleh khaiatbsp untuk PIBG SRA-BSP-
Subscribe to:
Posts (Atom)